Friday, September 9, 2011
Saturday, July 17, 2010
bila tingkap perspektif bertambah
masa kita kecil-kecil dahulu pasti ada sesetengah persoalan yang bermain dibenak fikiran, lalu kita ajukan kepada orang-orang dewasa untuk mencari jawapan. dalam kebanyakan masa saya sering meneroka jawapan sendiri dengan berimaginasi, meneroka jawapan naif melalui ruang-ruang kotak akal yang cetek dan tingkap perspektif yang terhad. sebagaimana masa berlalu, tanpa disedari saya telah membuka banyak tingkap-perspektif (dan tidak kurang juga ada yang tertutup)ditimba melalui pengalaman, pendengaran, perbualan, pembacaan.
bila bercakap tentang membaca ada seorang penulis yang saya begitu kagumi, kerana hasil karya beliau telah banyak meninggalkan kesan tentang bagaimana kita membuka lebih banyak tingkap-tingkap perspektif dari sudut yang tidak disangka. beliau yang saya maksudkan ialah Paul Theroux. beliau banyak menghasilkan karya fiction dan non-fiction. tetapi karya non-fiction beliau lebih banyak menambat hati saya. sekiranya anda biasa membaca The Great Railway Bazaar, Dark Star Safari, Riding The Iron Rooster, Pillar Of Hercules dan lain-lain pasti anda tahu siapa beliau. saya begitu menggemari naskah-naskah beliau yang duduk dalam sub-kategori Travel Naratif ini. kesemua tajuk yang saya sebutkan tadi merupakan hasil nukilan beliau melalui pengalaman mengembara ke seluruh pelusuk dunia. melalui karya-karya tersebut beliau lembarkan pengalaman perjalanan melalui gaya penceritaan yang jujur, teliti dan mendalam. setiap apa yang dipandang, didengar akan dizahirkan dengan gambaran kisah yang begitu terperinci,lengkap dan teliti, hingga terkadang kala saat saya membaca secara automatik ada kotak monitor dalam otak saya yang menayangkan visual tersebut. sering visual-visual tersebut diulang tayang tanpa diundang.
sehingga kita berjumpa dibahagian kedua...

Thursday, July 15, 2010
maka mengalirlah air mata itu

assalamualaikum, adalah saya secara rasminya telah menjadi warga blogger-blogging ini. di ruang pertama salam pengenalan ini ingin rasanya saya berkongsi sebab musababnya saya memilih 'teargas studio' sebagai tajuk blog ini.
tear gas is the name for a number of chemical compounds. These compounds are gas that are designed to incapacitate anyone deemed to be a threat. they cause pain in the eyes, and will cause temporary blindness for up to 45 minutes. Tear gas is commonly used by police to keep rioting crowds under control - wikipedia.
teargas studio adalah wadah untuk saya 'memaksa' dan memerah kotak minda untuk terus bekerja dan meluahkan apa yang terbuku di belakang fikiran. agar kita menjadi lebih kreatif, pro aktif, berani dan berpengetahuan dalam mengutarakan isu, pendapat, emosi atau luahan rasa. ironinya teargas digunakan untuk melemahkan perusuh dengan melumpuhkan daya penglihatan, agar opresi si perusuh dapat dilenyapkan. tingkap kepada jiwa dan hati yang dilumpuhkan sebagai jalan pintas, namun dalam konteks teargas studio air mata hanya mengalir kerana ia adalah signifikasi meraikan kemenangan jiwa dan akal.
Subscribe to:
Comments (Atom)